Powered By Blogger

Saturday, February 26, 2011

Ekzema

EKZEMA ni salah satu bentuk keradangan kulit yg biasa dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa tapi risiko kanak-kanak menghidapi penyakit ni berbeza-beza mengikut genetik. Ada pakar ckp sebahagian daripada puncanya:pengaruh keadaan sekeliling dan alahan terhadap pemakanan.

Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas dan cuaca yang terlalu sejuk, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku. Jika terlalu sejuk pula kulit mereka akan kering.

Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi

Perlu juga diingatkan kepada ibu bapa bahawa penggunaan bahan kimia dalam sabun bayi boleh membawa kepada timbulnya penyakit tersebut. Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit baby dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk.Guna sabun khas (yang sesuai untuk penyakit eczema) sewaktu memandikan baby.
Selepas mandi, baby perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas.

Ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.Tapi bila bayi atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.Selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut. Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.

Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua.

Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:

1.Bawa anak berjumpa doktor

2.Pastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.

3.Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.

4.Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.

5.Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.

6.Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.

7.Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.

8.Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.


p/s: anak sulung saya memang mengidap ekzema, sampai sekarang pun masih ada. cuma dah kurang.. tak macam masa dia kecik dulu.. ubat & special toiletries dia memang tak boleh tinggal sampai sekarang.. :) susu pun kena bagi yang soy-based.. anak bujang saya tu high maintenance sikit la..;) takpela.. janji anak ibu sihat kan..

1 comment:

  1. wah, nana...cite pasal baby...
    bagus2...

    ade input buat bakal2 ibu nih...

    tpi nurul ntah bile...

    kekeke...

    ReplyDelete