Friday, December 24, 2010

Sedap Nya....


Esok cuti... ingat nak cuba try resepi ni... tgk pics muffin tu nampak sedap jer kan..

:)

ish.. ish.. tak sabar rasanya... kalau la gambar ni bleh makan.. kan sedap.. Nyum..Nyum..














Muffin coklat pisang


Credit to:yani@myresipi.com


muffin coklat dengan pisang

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut secukupnya (optional)

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  1. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  1. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  1. Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  1. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
  1. Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.




P/s: semenjak mengandung baby 2nd ni.. asyik mengidam nak masak2 and makan jer.. tambah2 lagi kalu tgk gambar kek.. rasa cam nak makan jer .. :)

Thursday, December 23, 2010

Comel kan!!!!


Cute Baby Pictures

Credit to: allbabypics.com


Mudah-mudahan 2nd baby ni "baby girls".. hihi.. (berharap tp takut kecewa) Ya Allah, semoga harapanku dimakbulkan... tp takpela.. kita hanya merancang, Allah yang menentukan... Perangcangan dari-NYA yang paling sempurna.. Aku terima semuanya seadanya..

Tp kalu dapat baby boy lagi.. Abg Aidil ada kawan la nak main bola nnt.. hehe.. mesti makin gamat rumah nnt dgn telatah nakal anak2 aku..

:)
:):)
:):):)

Hish.. tak sabar rasanya.. skarang dah minggu ke 24 dah..(dah masuk 6 bulan).. next week on 28 dec nak scan lg.. mungkin dah boleh nampak jantina anak.. hehe..

:)