Tuesday, July 27, 2010

Zat-Zat Penting Sepanjang Kehamilan

Sila ambil berat apa yang anda makan ye wahai ibu @ bakal ibu semua... sebab apa yang dimakan menggambarkan apa yang akan dihasilkan nanti tau.. seelok2nya makan pemakanan yang sihat dan berZat ye... Gaya hidup dan corak pemakanan kita dan pasangan akan sedikit sebanyak mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. seelok2nya kita kena ambil tahu dan selidik tentang sejarah alahan keluarga.

ketika mengandung, jika ingin mengambil sebarang ubat, pastikan dapat nasihat dari doktor dahulu supaya ubat tu nanti tak memudaratkan bayi dalam kandungan. para ibu juga harus mengambil zat-zat penting sepanjang tempoh hamil. antaranya :

  • Kalsium
wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang cukup. boleh juga jika ingin ambil suplement kalsium dalam bentuk tablet, jika anda tak boleh minum susu.. ini untuk mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan sepanjang tempoh hamil. ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit darah tinggi semasa hamil.

  • Zat Besi
Ia amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. zat besi boleh didapati dalam daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu & tempe.

  • DHA
Ia penting untuk perkembangan minda bayi dalam kandungan. berfungsi memantapkan perlihatan & otak bayi didalam kandungan. elok diambil dari usia kandungan 7 bulan. sumbernya boleh didapati dari makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin & salmon.

  • Asid Folik
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%. tingkatkan pengambilan asid folik sebelum & ketika 12 minggu terawal kerana ketika inilah organ dan sistem badan bayi terbentuk. sumbernya boleh didapati dari sayur bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya,kekacang, bijirin, buah-buahan sitrus, ayam serta ikan.

  • Air
Diperlukan minimum 10 gelas air masak setiap hari. sebagai variasi, boleh juga ambil jus buah-buahan atau yogurt.

Persediaan Sebelum Hamil


Apa lagi yang didambakan oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga? semestinya kehadiran zuriat a.k.a anak sebagai pelengkap untuk menyempurnakan kehidupan suami isteri kan?..kan?

:)

sebagai bakal ibu perlulah membuat sedikit sebanyak persediaan untuk hamil.
bersedia ke untuk hamil? hamil untuk kali kedua? (ni untuk saya la ni.. hehe) pengalaman pertama kali hamil, susah jugak tau.. ingat senang ke para isteri2 kamu tu mengandung.24 hours tau bawak perut tu kehulu kehilir,tidur,makan,minum pendek kata kemane2 sajelah tau. tolong hargai sikit mereka ok!

:)




Persedian fizikal

1. Pastikan bakal ibu sihat
seelok2nya 3 hingga 6 bulan sebelum hamil, ibu perlu buat pemeriksaan kesihatan.ini penting untuk memastikan kesihatan ibu berada dalam keadaan yang baik.

2. Check berat badan
pastikan berat badan kita ok. jangan terlampau berat @ terlampau ringan.dan jangan sekali2 berdiet semasa hamil! ini penting supaya baby tak kekurangan zat.

3. Umur sesuai
umur sesuai untuk hamil diantara 20 hingga 35.kalau muda sangat mungkin takut ibu kurang bersedia dari segi mental & fizikal. kalau terlalu berumur, mungkin berrisiko tinggi.

4. Dapatkan suntikan pelalian
suntikan RUBELLA & HEPATETIS B sepatutnya telah diambil untuk mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota ataupun terencat akal bagi baby baru lahir. insyaallah dengan izin allah.

5. Pemakanan yang baik
sebelum hamil, sila pastikan tahap pemakanan bakal ibu memuaskan. ini untuk memastikan paras HEMOGLOBIN dalam darah stabil. Anemia @ kekurangan darah ketika hamil boleh membahayakan nyawa ibu tau.Paras yang ok adalah 10 - 14 gm peratus.

6. Pemeriksaan darah
ini penting untuk mengesan penyakit kelamin kursusnya SIFLIS sebab ia boleh menyebabkan kecacatan pada baby. ia juga boleh kesan pelalian rubella untuk mengelakkan kecacatan baby.

7. Ketahui kumpulan darah
bakal ibu perlu tahu apakah jenis darah anda. jenis darah terbahagi kepada ABO dan RHESUS. kumpulan ABO biasanya ok, tetapi jika anda berdarah -ve ia boleh menimbulkan beberapa masalah ketika mengandung.
INFO : jika ibu berdarah rhesus -ve berkahwin dengan suami yang berdarah rhesus +ve, ini akan menimbulkan masalah kepada kandungan. seperti keguguran, baby mati dalam kandungan & juga baby lahir dengan masalah kurang darah serta berpenyakit kuning. (semua ni hanya akan berlaku dengan izin allah)


Kelahiran anak akan mengubah budget anda. Oleh itu eloklah para bakal ibu & bapa sekalian merancang kewangan keluarga dari awal.Eloklah menyimpan sikit k, cut la perbelanjaan mana yang tak perlu tu.. Berjimat cermat tu kan amalan mulia..Tapi jangan takut nak dapat anak plak, sebab takut jatuh miskin la plak katenya! Yakin lah dengan ALLAH. Setiap anak telah disediakan rezekinya oleh ALLAH. Marilah kita sama-sama meramaikan UMAT NABI MUHAMMAD saw. AMIN.

:)

P/S : ibu pun tengah berusaha nak menambahkan ahli keluarga ni... hehehe
kita usaha sama-sama ye ayah... :)