Sila ambil berat apa yang anda makan ye wahai ibu @ bakal ibu semua... sebab apa yang dimakan menggambarkan apa yang akan dihasilkan nanti tau.. seelok2nya makan pemakanan yang sihat dan berZat ye... Gaya hidup dan corak pemakanan kita dan pasangan akan sedikit sebanyak mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. seelok2nya kita kena ambil tahu dan selidik tentang sejarah alahan keluarga.
ketika mengandung, jika ingin mengambil sebarang ubat, pastikan dapat nasihat dari doktor dahulu supaya ubat tu nanti tak memudaratkan bayi dalam kandungan. para ibu juga harus mengambil zat-zat penting sepanjang tempoh hamil. antaranya :
wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang cukup. boleh juga jika ingin ambil suplement kalsium dalam bentuk tablet, jika anda tak boleh minum susu.. ini untuk mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan sepanjang tempoh hamil. ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit darah tinggi semasa hamil.
Ia amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. zat besi boleh didapati dalam daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu & tempe.
Ia penting untuk perkembangan minda bayi dalam kandungan. berfungsi memantapkan perlihatan & otak bayi didalam kandungan. elok diambil dari usia kandungan 7 bulan. sumbernya boleh didapati dari makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin & salmon.
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%. tingkatkan pengambilan asid folik sebelum & ketika 12 minggu terawal kerana ketika inilah organ dan sistem badan bayi terbentuk. sumbernya boleh didapati dari sayur bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya,kekacang, bijirin, buah-buahan sitrus, ayam serta ikan.
Diperlukan minimum 10 gelas air masak setiap hari. sebagai variasi, boleh juga ambil jus buah-buahan atau yogurt.
No comments:
Post a Comment