Powered By Blogger

Saturday, November 19, 2011

Anak - Anak Ibu...



Aidil dan bola memang tak boleh di pisahkan.. :)




Aidil - Peace....




Aleesyha tido mata tak rapat.. sama mcm abg & ayahnya.. :)




Aleesyha.. masa ni masih dalam pantang lagi..



p/s - kalau tgk gambar dua2nya masa baby.. muka dua2 cam sama jek.. kembar tahun tak sama.. tapi dua2 kembar tarikh.. abg aidil 14/09/2008, adik aleesyha 14/04/2011.. :)

Wednesday, November 16, 2011

Vitamin Shaklee.. Trial Pack B..


Sekarang dah hampir 2 minggu aku start ambil vitamin.. mula dengan Trial Pack B, set ni untuk ibu-ibu yang menyusukan baby.. untuk menambah kualiti serta kuantiti susu ibu.. sebelum ni tak pernah terfikir pun nak amik mana2 vitamin @ suplement tambahan..

tapi last month mula merudum pengeluaran susu dari kilang susu aku.. haha.. mengelabah sekejab, sebabnya stok semakin berkurang.. disebabkan aleesyha memang tak pernah minum formula milk langsung.. so risaula kalu nnt terus tak cukup, apala pulak anak dara kecik aku tu nak minum nanti.. dahla si kecik tu ada sikit cerewet bab minum susu ni.. dier hanya suka yang segar dari ladang jer.. hehe..

mungkin dah sampai masanya aku untuk mula amik vitamin tambahan.. tiba2 tertarik hati dengan vitamin shaklee ni.. berhari2 jugak aku menggoogle segala jenis blog yang jual vitamin ni.. lagi pun dierorg ada promote trial pack.. sesuai sangat la untuk aku yang income cukup2 makan ni.. nak beli full pack kena fikir 4,5 kali dulu la.. haha.. so for the first time aku decide nak COD jek.. terus call satu agent nama dier wani and wani suggest amik ngan hadha kat KTM batu tiga.. nak dijadikan cerita malam yang aku janji nak g amik tu.. hujan turun selebat2nya pastu siap bumbung bilik aku kat umah kena terbang dek angin.. apalagi banjir satu rumah.. barang2 aku habis basah.. sampai baju dalam almari pun basah k.. memang panik giler la masa tu.. yang aku tau selamatkan aidil & aleesyha dulu sudah.. terus la tak jadi nak amik mlm tu.. last2 husband aku jek yang g COD trial pack tu kat umah hadha.. :) dapat jek trial pack tu, aku tgk wah banyaknya ubat (ada 4 jenis = multivitamin + vitamin c + vitamin B complex + Alfafa) aku ni sebenarnya dulu takut makan ubat.. haha.. boleh ke makan ni.. tapi demi anak dara kecik aku, aku sanggupkan juga.. :)

kini, alhamdulillah.. dah hampir 2 minggu aku amik vitamin ni.. memang ada terasa perubahan la.. susu makin stabil dan nampak pekat sikit.. macam lemak berkrim gitu.. :) walau pun stok belum banyak sampai tak muat peti ais cam dulu.. tapi aku rasa lebih confident yang aku mampu untuk sediakan stok susu untuk anak dara kecik aku.. :) mungkin dengan usaha, bantuan dari vitamin B complex dan izin dari Allah menyebabkan aku rasa lebih tenang sekarang.. kurangla rasa nak stress.. :) aku ni tak pandai nak promote2 barang ni.. tapi ni dari pengalaman sendiri.. memang elok ibu2 amik suplement tambahan untuk keperluan diri kita..


P/s: mudah2an usaha aku diberkati.. kesihatan kita patut dijaga, kalu ibu tak sihat macamana nak jaga 2 baby dan 1 bapak baby kat umah tu.. hehe.. :)

Tuesday, November 15, 2011

Impian Yang Di Makbulkan..




Terima kasih Ya Allah... inilah impian ibu yang di makbulkan...


ini lah puteri kesayangan ibu... puteri kesayangan Ayah.. Nenek... Atuk... dan semestinya Adik Kesayangan Abang Aidil.. juga semestinya kesayangan mak ngah, mak lang, mak teh, pak cik dan pak su..

Nur Aleesyha Zulaikha ~ cahaya / jujur dan benar / cantik

:)

semoga puteri ibu ni akan menjadi anak yang solehah ye sayang..


p/s : Love my family so much... :)

Tuesday, March 22, 2011

berat badan semasa hamil

Sesaja je rasa nak update pasal berat badan aku masa mengandung ni.. rasanye takde la naik mendadak sangat.. tapi kalu dah naik, susah nak turun.. :)

- 15 Sep 2010 (1st time checkup)
56.2 kg
masa ni mabuk teruk jugak, makan suma rasa cam nak kuar balik..
2nd baby ni lagi teruk mabuknye dari masa mengandung aidil dulu.

- 13 Oct 2010
56 kg
masa ni berat aku turun 0.2 kg. yelah mana tak turun, makan sume kuar balik,
sampai kena amik ubat tahan muntah setiap pagi.. baru leh makan..

- 27 Oct 2010
56 kg
berat masih tak naik. tapi normal sebenarnya masa 3 bulan pertama kalau berat turun
sebab kita masih dalam frasa mabuk & loya2 kan.. macam mana nak makan tak ingat dunia.. :)

- 10 Nov 2010
56.7 kg
masa ni berat dah naik 0.7 kg.. usia kandungan dah masuk 4 bulan 1 minggu.. mabuk dan loya masih ada tapi dah kurang, tak macam dulu dah. dah boleh makan, dan dah stop amik ubat tahan muntah.
tapi pagi tu aku pitam, tak penah2 aku pitam.. dah la masa tu tengah beli nasi lemak kat gerai dekat ngan umah.. apalagi kecoh la sekejap, nasib baik takde apa2.. mana tak nye, aku jatuh bedebuk macam nangka busuk dah.. tau2 aku dah terduduk kat atas tanah.. habis depa panggil satu rumah aku datang kat situ.. segan pulak bila dah ok.. :) aku tak sangka la boleh pitam, sebab dalam sejarah hidup aku belum pernah jadi.. hehehe.. terus tak jadi laki aku pg keja, kena la teman aku g klinik kan.. time ni la mengada2 lebih.. haha.. ;)
masa ni 1st time scan, tapi doktor tu teruk, langsung tak cakap apa kat aku. aku tanya dier wat dek jer sebab sibuk bersembang ngan patient lain!! maklumlah sama bangsa ngan dier.. dah la tulisan cam cakar ayam.. macam la aku paham nak baca. yang aku paham rpt scan 1 bulan lg jer.. nasib baik la aku ni penyabar orangnye... mudah2an anak aku pun mengikut nanti.. :)

- 8 Dec 2010
59.3 kg
amik hah, naik sekali 2.6 kg.. hehe.. masa ni dah masuk 5 bulan 1 minggu. selera makan dah ok, apalagi makan jela kerja nya.. :) tapi masa ni paras hemoglobin aku pulak yang turun.
cuma 10.6 g jer, paras normal mesti atas 11 g. kad aku dah tukar sticker warna hijau..

- 28 Dec 2010
60.3 kg
berat ok jer, cuma naik 1 kg.. masa ni dah 6 bulan. scan untuk 2nd time.. pertumbesaran baby normal.. suma okay, cuma tak nampak lagi jantinanye.. dier nak nyorok dulu kot.. tapi aku pun tak kisah la baby boy @ girl.. janji sihat sudah.. tp kalu kali ni girl ok gak.. bleh la aku berehat panjang2 lepas ni.. hehehe..

- 05 Jan 2011
62 kg
berat naik 1.7 kg. masa ni dah 6 bulan 2 minggu. paras hemoglobin aku pun dah normal balik, jadi 11.4 g . okay la, harap2 lepas ni dier maintain jer..

- 09 Feb 2011
63.6 kg
berat naik 1.6 kg. masa ni dah 7 bulan 3 minggu. perut aku dah nampak besar sangat time ni..
suma kata takut aku bersalin awal.. :)

- 23 Feb 2011
63.5 kg
berat turun 0.1 kg.. dah dier turun plak.. masa ni dah 8 bulan 1 minggu.. tapi takde apa2 yang membimbangkan.. mungkin sebab aku kurang sikit selera makan time ni.. mungkin baby aku nak diet kot.. ;) sekarang dah mula catit carta gerak anak.. baby aku memang aktif dalam perut, berpusing2 kat dalam.. kadang2 sampai nampak berbonjol2 kat perut.. ;)

- 09 Mar 2011
64.3 kg
berat naik 0.8 kg jer.. masa ni dah masuk 8 bulan 3 minggu.. suma okay jer, bila dah dekat ni rasa cam tak sabar nak bersalin cepat2.. hehe..;)

- 23 Mar 2011
64.9 kg
berat naik 0.6 kg. masa ni dah masuk 9 bulan 1 minggu.. 3rd time scan, baby sume okay.. gerak pun aktif, cume still tak nampak jantina dier.. doktor tu bleh cakap, "dier taknak tunjuk la.. mungkin baby girl kot".. (berbunga2 hati aku dgr.. senyum sampai telinga.. hehe..) tp takut nak berharap lebih2.. takpe la, ibu tunggu kamu lahir jelah yer sayang..;)

-30 Mar 2011
ni kalu tak bersalin lg, bleh la update k.. harap2 dapat g kenduri cik Erina dulu br bersalin.. ;)


p/s: harap2 masa berpantang nanti bleh la dapatkan berat sebelum mengandung balik.. rindu nak pakai seluar2 lama.. buat masa sekarang ni bleh tengok jelah seluar tu kan.. hahaha..;)

2nd p/s: masa mengandung aidil dulu, berat sebelum mengandung 50 kg, berat terakhir sebelum bersalin 61 kg. berat selepas berpantang 54 kg.. tak berjaya dapatkan berat asal.. susah tau.. kalau dah naik... mimpi jelah nak turun balik.. tambah lagi aku ni time tu malas sikit nak berbengkung.. pakai bengkung moden jer, pastu berangan nak nak dapat body solid balik.. haha.. :)

Monday, March 21, 2011

36 minggu

usia kandungan aku dah genap 36 minggu 3 hari dah hari ni.. monday mood, malas nak pg kerja.. seronok bercuti.. bermalas-malasan kat umah.. baby macam biasa, aktif dalam perut ibu.. perasaan kuat mengatakan baby boy.. tapi masih ada harapan untuk baby girl, sebab masih tak tau jantinanye... :)

minggu ni ada appointment scan lagi (23/03/2011).. check up pun dah dua minggu sekali.. mengandung kali ni rasa cam sekejap jer.. tup2 dah masuk 9 bulan.. lagi 25 hari nak sampai due date (15/04/2011).. rasa cam tak sabar jer nak jumpe baby baru.. :) harap2 semuanye selamat dan dipermudahkan.. Amin..


p/s: abg aidil pun dah makin keletah & banyak mulut.. harap2 nanti dia takdela meragam bila dapat adik baru.. ibu sayang dua2.. :)

Saturday, February 26, 2011

Ekzema

EKZEMA ni salah satu bentuk keradangan kulit yg biasa dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa tapi risiko kanak-kanak menghidapi penyakit ni berbeza-beza mengikut genetik. Ada pakar ckp sebahagian daripada puncanya:pengaruh keadaan sekeliling dan alahan terhadap pemakanan.

Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas dan cuaca yang terlalu sejuk, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku. Jika terlalu sejuk pula kulit mereka akan kering.

Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi

Perlu juga diingatkan kepada ibu bapa bahawa penggunaan bahan kimia dalam sabun bayi boleh membawa kepada timbulnya penyakit tersebut. Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit baby dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk.Guna sabun khas (yang sesuai untuk penyakit eczema) sewaktu memandikan baby.
Selepas mandi, baby perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas.

Ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.Tapi bila bayi atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.Selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut. Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.

Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua.

Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:

1.Bawa anak berjumpa doktor

2.Pastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.

3.Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.

4.Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.

5.Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.

6.Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.

7.Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.

8.Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.


p/s: anak sulung saya memang mengidap ekzema, sampai sekarang pun masih ada. cuma dah kurang.. tak macam masa dia kecik dulu.. ubat & special toiletries dia memang tak boleh tinggal sampai sekarang.. :) susu pun kena bagi yang soy-based.. anak bujang saya tu high maintenance sikit la..;) takpela.. janji anak ibu sihat kan..

Saturday, February 12, 2011

31 Minggu

Hari ni dah masuk 31 minggu usia kandungan saya.. ish dah tak sabar campur nervoues sikit.. :)

Jantina anak masih tak tau.. kawan-kawan dan keluarga kalau jumpe saya jer mesti tanye jantina anak, girl or boy? dah scan ke belum? penat nak jawab tau.. hehehe.. (tapi takpe, itu tandanye mereka ambil berat tentang kita kan..)
takpe la.. biarkan ia jadi teka-teki dulu.. lets the baby tell me after the deliver.. ;)

Anak sulong saya dah biasa bahasakan dirinye "Abang Aidil".. rasa bahagia jer dengar.. :) dia pun dah tak sabar nak tunggu baby keluar.. selalu nak cium baby kat dalam perut ibu.. tapi kalu tanye dia, mesti macam ni jawapannye..

Ibu : Abg Aidil nak Adik tak?
Aidil : tak nak! nak baby jer..
Ibu : Abg Aidil nak baby boy ke baby girl?
Aidil : nak baby gil (girl) jer..
Ibu : nanti Abg Aidil nak ajak baby main ape?
Aidil : main bola..
Ibu : Abg Aidil sayang baby tak? dah cium baby ke belum hari ni?
Aidil : sayang.. ibu butak.. butak.. (bukak2..sambil tunjuk2 perut ibu nak cium baby)


Aidil dah makin petah bercakap.. tapi dia tak pandai nak sebut huruf "K". selalu bunyi perkataan yang ada huruf K mesti diganti dengan huruf T.. macam perkataan "makan" akan jadi "matan".. tapi jangan tak percaya anak bujang saya ni dah pandai hafal doa makan.. :) tapi masih pelat la..