Pejam celik.. pejam celik.. dah masuk tahun baru.. dah bertambah umur lagi.. :)
selamat tahun baru semua.. walaupun dah lambat 7 hari... hehe..
Tahun baru mesti semua ada azam baru kan... takpun renew azam lama yang tak complete lagi..
tahun ini akan sambut baby baru dalam family aku... tak sabar nak jadi 2nd time mommy-to-be lagi.. mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan diberkati Allah..
Due date bersalin 15 April 2011.. sekarang dah 26 minggu (6 bln 2 mggu).. tinggal lagi 14 minggu to go.. tu pun kalau ikut date la.. kalau baby nak keluar awal, tak dapat la nak tolong... :)
Perasaan lebih tenang bila mengandung 2nd baby ni.. mungkin sebab dah ada experience masa 1st baby dulu.. tapi orang kata semua pengalaman mengandung & bersalin tak sama pada setiap kandungan.. tapi aku harap bersalin 2nd baby pun dipermudahkan macam abgnya dulu.. :) Amin..
This week checkup hari tu (5/1/2011) dapat suntikan dos 3 untuk kancing gigi.. ni masih bengkak sikit lagi.. nasib baik lepas ni dah takde lagi.. :) next checkup plak 1 bln lg (9/2/2011)..
Apa2pun sekarang dah boleh mula buat preparation untuk beli barang2 untuk baby baru & persediaan ibu untuk berpantang nanti.. :) nnt blehla update
p/s: esok birthday mak.. (9/1/2011) sayang mak..:)
2nd p/s: esok wedding dinner Ye Ling (my bos daughter).. congratulation.. :)
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, Janganlah hidup seperti duri & menyakiti orang lain."
Saturday, January 8, 2011
Friday, December 24, 2010
Sedap Nya....
Esok cuti... ingat nak cuba try resepi ni... tgk pics muffin tu nampak sedap jer kan..
:)
ish.. ish.. tak sabar rasanya... kalau la gambar ni bleh makan.. kan sedap.. Nyum..Nyum..
:)
ish.. ish.. tak sabar rasanya... kalau la gambar ni bleh makan.. kan sedap.. Nyum..Nyum..
Muffin coklat pisang
Credit to:yani@myresipi.com
muffin coklat dengan pisang
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 100g pisang
- 100g tepung gandum
- 50g mentega-cairkan
- 20g serbuk koko
- 50g gula halus
- 1 biji telur- suhu bilik
- 1 sudu kecil baking powder
- 50ml susu segar
- walnut secukupnya (optional)
Cara-cara
- Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
- Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
- Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
- Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
- Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
- Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
- Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
- Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.
P/s: semenjak mengandung baby 2nd ni.. asyik mengidam nak masak2 and makan jer.. tambah2 lagi kalu tgk gambar kek.. rasa cam nak makan jer .. :)
Thursday, December 23, 2010
Comel kan!!!!
Cute Baby Pictures
Credit to: allbabypics.com
Mudah-mudahan 2nd baby ni "baby girls".. hihi.. (berharap tp takut kecewa) Ya Allah, semoga harapanku dimakbulkan... tp takpela.. kita hanya merancang, Allah yang menentukan... Perangcangan dari-NYA yang paling sempurna.. Aku terima semuanya seadanya..
Tp kalu dapat baby boy lagi.. Abg Aidil ada kawan la nak main bola nnt.. hehe.. mesti makin gamat rumah nnt dgn telatah nakal anak2 aku..
:)
:):)
:):):)
Hish.. tak sabar rasanya.. skarang dah minggu ke 24 dah..(dah masuk 6 bulan).. next week on 28 dec nak scan lg.. mungkin dah boleh nampak jantina anak.. hehe..
:)
Tuesday, July 27, 2010
Zat-Zat Penting Sepanjang Kehamilan
Sila ambil berat apa yang anda makan ye wahai ibu @ bakal ibu semua... sebab apa yang dimakan menggambarkan apa yang akan dihasilkan nanti tau.. seelok2nya makan pemakanan yang sihat dan berZat ye... Gaya hidup dan corak pemakanan kita dan pasangan akan sedikit sebanyak mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. seelok2nya kita kena ambil tahu dan selidik tentang sejarah alahan keluarga.
ketika mengandung, jika ingin mengambil sebarang ubat, pastikan dapat nasihat dari doktor dahulu supaya ubat tu nanti tak memudaratkan bayi dalam kandungan. para ibu juga harus mengambil zat-zat penting sepanjang tempoh hamil. antaranya :
ketika mengandung, jika ingin mengambil sebarang ubat, pastikan dapat nasihat dari doktor dahulu supaya ubat tu nanti tak memudaratkan bayi dalam kandungan. para ibu juga harus mengambil zat-zat penting sepanjang tempoh hamil. antaranya :
- Kalsium
- Zat Besi
- DHA
- Asid Folik
- Air
Persediaan Sebelum Hamil
Apa lagi yang didambakan oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga? semestinya kehadiran zuriat a.k.a anak sebagai pelengkap untuk menyempurnakan kehidupan suami isteri kan?..kan?
:)
sebagai bakal ibu perlulah membuat sedikit sebanyak persediaan untuk hamil.
bersedia ke untuk hamil? hamil untuk kali kedua? (ni untuk saya la ni.. hehe) pengalaman pertama kali hamil, susah jugak tau.. ingat senang ke para isteri2 kamu tu mengandung.24 hours tau bawak perut tu kehulu kehilir,tidur,makan,minum pendek kata kemane2 sajelah tau. tolong hargai sikit mereka ok!
:)

Persedian fizikal
1. Pastikan bakal ibu sihat
seelok2nya 3 hingga 6 bulan sebelum hamil, ibu perlu buat pemeriksaan kesihatan.ini penting untuk memastikan kesihatan ibu berada dalam keadaan yang baik.
2. Check berat badan
pastikan berat badan kita ok. jangan terlampau berat @ terlampau ringan.dan jangan sekali2 berdiet semasa hamil! ini penting supaya baby tak kekurangan zat.
3. Umur sesuai
umur sesuai untuk hamil diantara 20 hingga 35.kalau muda sangat mungkin takut ibu kurang bersedia dari segi mental & fizikal. kalau terlalu berumur, mungkin berrisiko tinggi.
4. Dapatkan suntikan pelalian
suntikan RUBELLA & HEPATETIS B sepatutnya telah diambil untuk mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota ataupun terencat akal bagi baby baru lahir. insyaallah dengan izin allah.
5. Pemakanan yang baik
sebelum hamil, sila pastikan tahap pemakanan bakal ibu memuaskan. ini untuk memastikan paras HEMOGLOBIN dalam darah stabil. Anemia @ kekurangan darah ketika hamil boleh membahayakan nyawa ibu tau.Paras yang ok adalah 10 - 14 gm peratus.
6. Pemeriksaan darah
ini penting untuk mengesan penyakit kelamin kursusnya SIFLIS sebab ia boleh menyebabkan kecacatan pada baby. ia juga boleh kesan pelalian rubella untuk mengelakkan kecacatan baby.
7. Ketahui kumpulan darah
bakal ibu perlu tahu apakah jenis darah anda. jenis darah terbahagi kepada ABO dan RHESUS. kumpulan ABO biasanya ok, tetapi jika anda berdarah -ve ia boleh menimbulkan beberapa masalah ketika mengandung.
INFO : jika ibu berdarah rhesus -ve berkahwin dengan suami yang berdarah rhesus +ve, ini akan menimbulkan masalah kepada kandungan. seperti keguguran, baby mati dalam kandungan & juga baby lahir dengan masalah kurang darah serta berpenyakit kuning. (semua ni hanya akan berlaku dengan izin allah)
Kelahiran anak akan mengubah budget anda. Oleh itu eloklah para bakal ibu & bapa sekalian merancang kewangan keluarga dari awal.Eloklah menyimpan sikit k, cut la perbelanjaan mana yang tak perlu tu.. Berjimat cermat tu kan amalan mulia..Tapi jangan takut nak dapat anak plak, sebab takut jatuh miskin la plak katenya! Yakin lah dengan ALLAH. Setiap anak telah disediakan rezekinya oleh ALLAH. Marilah kita sama-sama meramaikan UMAT NABI MUHAMMAD saw. AMIN.
:)
P/S : ibu pun tengah berusaha nak menambahkan ahli keluarga ni... hehehe
kita usaha sama-sama ye ayah... :)
Friday, June 18, 2010
Hobi Baru AiDiL
Baru2 ni AiDiL dah dapat hobi Baru... bagus2 tapi agak merisaukan.. kalu nenek dan ibu dah tak kasi.. pandai dier tukar cara nak dapat kan favourite place dier... contohnyer macam nie...


AiDiL : bu..bu.. wuah.. wuah... (ibu.. buah..)
Ibu : aidil nak buah ape? xpayah la.. td kan dah makan buah..
AiDiL : nak...! bu... wuah..
(sambil menarik2 tangan ibu... nak ajak g dapur)
Ibu : jelah2.. jom2.. aidil nak buah ape?
Lalu, ibu pun membawa aidil ke dapur untuk mengambil buah... tetapi anak bujang kecik ni ada agenda lain yang tersembunyi sebenarnye... kecik dah panjang akal ni... bila ibu bukak jer favourite place dier... terus dengan jayanye dier melepakkan dirinye di situ...
ini lah tempatnye....
Tarra.. seronok duk kat sini... sejuk..
sedap.. awak nak tak?
Ini lah hobi baru AiDiL... suka sangat dier duduk kan peti ais ni.. sejuk agaknyer.. tambah2 lagi
kalau masa tengah hari.. inilah benda yang suke dier buat... risau jugak, tapi kena temankan dier
la plak.. AiDiL duduk dalam peti ais ibu duduk kat depan peti ais.. dah macam port baru
melepak
plak.. ada sesiapa nak join kami berdua?? jom la kita sama2 lepak kat depan PETI AIS..
Saturday, June 12, 2010
Hikmah Penyusuan Susu Ibu
susu ibu adalah susu yang "TERBAIK" untuk bayi.
Aku rasa seorang ibu harus memberi yang terbaik untuk anaknya. Melalui pengalaman sendiri, pada mulanya aku juga rasa ragu dengan kemampuanku sendiri.. Dalam hati sentiasa bertanya pada diri sendiri....
Boleh ke aku susukan anak ku nanti?
kalu takde susu nanti macammane?
kalau dier tak kenyang?
kalau nak menyusu depan orang macammane? malu.. segan..
Dan bermacam2 soalan lagilah yang timbul...
Tambahan pula aku tiada sumber terdekat untuk dirujuk atau dijadikan role model.. keluarga pada mulanya tak menyokong niatku untuk fully breastfeeding anakku.. tapi disebabkan aku ni degil,keras kepala dan tak makan saman.. hehe.. aku terus kan niatku yang murni tu... o____0
Aku ingat lagi pengalaman pertamaku menyusukan Aidil.. memang agak mengelabah aku dibuatnye. Bayangkan aku memang takde pengalaman langsung, yang ada cume teory yang belum dipraktik kan yang aku dapat dari sumber2 pembacaan.. berpeluh2 aku dibuatnye bila aidil tak dapat menyusu dengan lancar.. mungkin caraku salah @ aidil belum pandai menyusu dengan baik.. Aidil menangis mungkin marah dan lapar.. lagilah aku makin panik.. tapi aku kuatkan semangat dan berdoa dalam hati.. aku rasa hampir sejam aku bertungkus lumus menyusukan anakku.. dan akhirnya aku berjaya.. Aidil pun sambung tidur selepas kekenyangan.. aku rasa sangat bahagia menjadi seorang ibu... hatiku berbunga2.. rasa sakit selepas bersalin pun dah tak rasa (sekejap jelah pastu sakit balik..hehe).. Tapi memang bestlah.. pengalaman camni takkan dapat rasa kalau kasi anak kita minum susu lembu a.k.a formula kan?
Sebab itu aku amat2 menyokong penyusuan susu ibu.. Berbaloi2... sekarang aidil dah berumur 1 tahun 8 bulan 4 minggu 1 hari, dan dier masih menyusu dengan ku... sekarang dah tak susah macam first time susukan dia.. macam2 cara dah dier tunjuk masa menyusu.. menonggeng pun boleh menyusu.. Mudah jer, tak perlu dibancuh, tak perlu botol and its so natural and ready made...
Hubungan anak dan ibu pun amat rapat, walaupun ibu bekerja.. Aidil kalau aku sampai je kat rumah dier terus happy dan buat muka comel sambil tarik tangan aku ajak baring nak menyusu.. dan ia amat menbahagiakan.. rasa hilang semua penat bila tengok gelagat dia.. its a wonderful feeling..
“Mengikut kajian, ibu yang menyusu sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran akan lebih langsing berbanding ibu-ibu yang tidak memberi susu badan kepada bayi mereka."
Aku amat suka membaca statement diatas.. dan ianya memang betul kerana penyusuan susu ibu memang membantu menurunkan berat badan selepas bersalin.. tak perlu susah2 ber diet kan.. hehehe..Memang banyak hikmahnye memberi anak kita susu ibu.. sekurang2nye berilah pada masa 6 bulan pertama.. Pengalaman akan mengajar manusia menjadi lebih baik dari sebelumnyer.. Dan pengalaman jugalah guru yang terbaik dalam mengajar kita menghargai hidup ini.... yang entah bila akan berakhir, tiada siapa yang tahu...
Subscribe to:
Posts (Atom)

